Story Mory @ The Morning Glory
12 Nov
Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, Helmi Eliza akan melangsungkan perkahwinannya beliau pada Khamis 20 November 2008. Dengar kata calon tu orang Baling. Tak tau betul atau tak.
Sedikit Biodata tentang Mie Yeh (Helmi Eliza Elias)
Mohd Helmi Eliza Elias (Jawi: ﻣﺣﻣد ﺣﻳﻟﻣﻲ ﺍﻟﻳذا اﻟﻳﺍس lahir pada 20 Januari 1983) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Kedah FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.
Kerjaya
Dikenali sebagai “Mie Yeh” oleh penyokong pasukan Kenari. Helmi membuat penampilan sulung sebagai penjaga gol utama Kedah FA pada musim 2006/07 selepas Megat Amir Faisal berhijrah ke Selangor FA. Pada 30 Jun 2007, Helmi membantu pasukan hijau kuning merangkul gelaran Piala FA Malaysia selepas menewaskan Perlis FA 4-2 menerusi sepakan penalti. Pada perlawanan itu, Helmi menerima anugerah selaku pemain terbaik perlawanan atas aksi yang meyakinkan sepanjang perlawanan dimana dia berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti yang diambil pemain Perlis FA. Helmi kemudiannya membantu sang kenari memenangi Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia pada musim yang sama.
Aksi yang memberansangkan sepanjang musim 2006/07 meletakkan beliau sebagai penjaga gol nombor satu Malaysia dan dipanggil untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan. Helmi membuat penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan ketika bertemu Pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia pada 6 Jun 2008. Dia juga terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia XI uutuk menentang Chelsea F.C.. Pada perlawanan tersebut, Helmi berjaya menafikan beberapa cubaan Chelsea F.C. dan salah satunya adalah sepakan volley deras luar kotak penalti dari Deco. Pada perlawanan itu, Malaysia XI tewas 0-2.
Sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2008, Helmi telah diberikan anugerah Pemain Paling Bernilai dan dia juga terpilih sebagai Penjaga Gol Popular dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2007-2008.[1]
Pada Pestabola Merdeka 2008, Helmi tidak melepaskan sebarang gol selama 390 minit dalam empat perlawanan. Meskipun tidak melepaskan sebarang gol sepanjang kejohanan berlangsung, Helmi gagal menyelamatkan semua sepakan penalti pada perlawanan akhir menentang Vietnam.
11 Nov
Malaysia Public Holidays 2009 Calendar. Cuti Umum & Cuti Sekolah 2009.
Bagi sesiapa yang ingin merancang untuk bercuti pada tahun 2009, berikut merupakan jadual cuti yang boleh di muat turun. Sila Download fail PDF disini.
10 Nov
Pada blogger-blogger yang nak high rating keyword atau pun popular keyword, lorang bolehlah try letak keyword ni kat site korang. Aku copy info ni dari Kongsiblog.com. Hasilnya agak menarik jugak, sebab ramai pengguna di internet ni mesti gelojoh bila keyword yang mereka nak terpapar kat top ranking. Alih2 lepas klik, sure rasa macam nak marah kat owner website korang sebab letak keyword panas, tapi apa2 yang panas pun langsung tak dak dalam web. Sure heboh punya la. Apapun selamat mencuba.
6 Nov
Barack Obama: President USA ke 44 (First Black Pres in History)
walaupun keputusan siapa Pres USA yang ke 44 (antara orang yang berkuasa kat dunia yg fana’ ni..)
dapat tahu rasminya 7am tomolo - tapi sekarang ni dah menandakan kemenangan
awal pada calon demokrat - Barack Obama -
personally pun memang dah jangka Obama akan menang; seorang yang berkarisma
dan mempunyai ramai penyokong hampir di semua state USA
Apa2 pun.. pemilihan Presiden USA sebenarnya kesannya memang pada dunia juga
sebab dia mempunyai banyak ’say’ dalam banyak perkara terutama bersabit dengan
peperangan against middle east countries juga hubungan diplomatic dengan negara2
lain.
Ramai dah awal mengucapkan tahniah pada Obama… menjadi President USA ke 44 ni.
30 Oct
JPA3 jadi JPAM elak kekeliruan
KOTA BHARU: Jabatan Pertahanan Awam kini menggunakan singkatan nama JPAM dan tidak lagi JPA3.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata pertukaran akronim itu bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.
“Jabatan Pertahanan Awam masih mengekalkan nama asal, namun angka 3 ditukar kepada Malaysia untuk menjadikan singkatan nama jabatan itu kini sebagai JPAM.
“Nama singkatan JPA3 menimbulkan kekeliruan kerana ada beberapa jabatan lain turut menggunakan singkatan seperti itu iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerangan Awam.
“Ramai yang bertanya kenapa mesti ada nombor iaitu JPA3, bukan JPA1 atau JPA2 dan apakah fungsi nombor di belakangnya. Kami mahu JPAM dikenali dengan sekali sebutan sahaja,” katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri bersama kakitangan dan anggota JPAM Kelantan di sini, semalam.
Beliau berkata, Majlis Tertinggi JPAM meluluskan penggunaan akronim baru itu yang berkuat kuasa serta-merta. — Bernama
29 Oct
Lembu mangsa rogol dibuang ke laut
Cow drowned into the sea for being impregnated by human
Thu, 10/23/2008 10:59 AM | Bali (JP/Alit Kertaraharja)
Villagers from Julah in Tejakula, Buleleng, tow a pregnantcow behind a boat into open sea as part of a local traditional ritual.
The cow, which is five months pregnant, was thrown out to the sea about3 kilometers from land Monday. The villagers believe the animal wasimpregnated by a village elder.
During the ritual the man, who was caught red-handed having sexualintercourse with the cow two months ago, joined the boat trip in orderto throw away his clothes to to symbolize him discarding his sins.
Julah customary village head Ketut Sidemen said the ritual, calledgamya gamana, or freak weeding, and had been conducted there forgenerations. The decision to perform the ritual was made a localresidents meeting.
In line with customary regulations, the perpetrator, identified only asPS, 70, was sanctioned to fund the expensive ceremony, which aimed tocleanse him of any bad influences.
Luh Ketut Suryani, a professor and activist, deplored the sancation against PS.
She said drowning a cow was baseless because sexual intercourse betweena human being and am animal could not cause pregnancy due to thedifferent chromosomes and genes of the two.
“The cow is not guilty, why shoud it be drowned? Why don’t just use a symbol like what was done by the perpetrator?” she said.
Suryani’s said she was concerned dealt with the financial situation of the owner, who lives below the poverty line.
“The cow, which has a high price, had to be thrown away. It will be apity for the owner, who is already poor and is now forced to lose hispriceless belonging.” — JP/Alit Kertaraharja
28 Oct
Car lock….A must read!
It is very troubling what lengths people will go to steal something! Most of the time I lock my car on the door lock inside when I exit the car. Little did I know that that is the best way to lock your car, according to what a friend sent me on the internet. Read on….
THIS HAS BEEN CHECKED ON SNOPES; I personally checked with the local police and they confirmed that this was happening.
While traveling, my friend stopped at the roadside reststop with bathrooms, vending machines, etc. He came out to his car less than 4-5 minutes later and found someone had gotten into his car, and stolen his cell phone, laptop computer, GPS navigator, briefcase…..you name it.
He called the police and since there were no signs of his car being broken into- the police told him that there is a device that robbers are using now to clone your security code when you lock your doors on your car using your key-chain locking device (transmitter). They sit a distance away and watch for their next victim. Since they know you are going inside of the store, restaurant, or bathroom, it gives them a few minutes to steal and run. The police officer said to be sure to manually lock your car door by hitting the lock button inside the car, that way if there is someone sitting in a parking lot watching for their next victim, it will not be you.
When you hit the lock button on your car upon exiting…it does not send the security code, but if you walk away and use the door lock on your key chain- it sends the code thru the airwaves where it can be stolen.
I just wanted to let you know about this…it is something totally new to us…and this is real…it just happened this past Thursday.
So be aware of this and please pass this note on…look how many times we all lock our doors with our keys (transmitters)…just to be sure we remembered to lock them….and bingo the guys have our code…and whatever was in the car…can be gone.
Keep safe everyone!
27 Oct
Mi segera beracun (Instant Noodles)
JEPUN - Kebimbangan terhadap keselamatan mi segera semakin menular di Jepun berikutan sembilan paket didapati mengandungi racun.
Mi yang diedarkan oleh Kesatuan Koperasi Pengguna-Pengguna Jepun mendapati sembilan sampel mengandungi bahan paradichlorobenzene iaitu kimia yang digunakan dalam pembuatan ubat gegat.
‘Kami tidak tahu bagaimana ia boleh tercemar. Kami tidak fikir ia dicampur semasa dibuat di kilang atau ketika proses pengedaran, kata jurucakap kesatuan tersebut’. Reuters
26 Oct
Malaysia Kalah
Itulah ungkapan yang boleh dimaklumkan disini. Perlawanan Akhir antara Malaysia - Vietnam yang bermula pada jam 8.45 malam di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Perlawanan yang berkesudahan 0-0 telah mengheret ke masa tambahan (Silver Goal). Namun pada masa tambahan tersebut juga tiada sebarang hasil jaringan gol terpaksa ditentukan kemenangan melalui sepakan penalti.
Entah dimana silapnya percaturan B. Sathianathan sehingga perlawanan akhir tersebut menjadi seperti pentas latihan sahaja ketika menentang Vietnam. Permainan hanya menarik pada 10minit awal. Namun selepas itu, Malaysia tidak berdaya mencipta permainan menarik. Hanya serangan tumpul sahaja yang dapat dicipta.
Fulltime Score
Malaysia (5) 0 - 0 (6) Vietnam
Penalty Scorer: Indra Putra, Safee Sali, Aidil Zafuan, Ashaari Samsuddin, Daudsu Jamaluddin. (Norhafiz Zamani)
Line-up
| No. | Malaysia | vs | No. | Vietnam |
|---|---|---|---|---|
| 5. | Norhafiz Zamani Misbah | - | 1. | Bui Tan Truong (GK) |
| 7. | Aidil Zafuan | - | 3. | Nguyon Thanh Lonng |
| 8. | Zakuan Adha | - | 5. | Pham Minh Duc |
| 10. | Safee Sali | - | 7. | Nguyen Tang Tuan |
| 12. | Shukor Adan (C) | - | 8. | Hoang Nhat Nam |
| 13. | Indraputra | - | 9. | Hoang Dinh Tung |
| 15. | Mohd Daudsu | - | 11. | Houng Danh Ngoc |
| 19. | Hardi Jaafar | - | 14. | Le Van Duyet |
| 21. | Irwan Fadhli | - | 15. | Mai Xuan Hop (C) |
| 22. | Helmi Eliza (GK) | - | 17. | Nguyen Cong Huy |
| 26. | Amirulhadi | - | 18. | Phan Thanh Binh |
Minit 5: Malaysia membuat sepak mula dan memulakan asakan kekubu Vietnam dan mendapat sepakan sudut yang pertama tapi tidak membuahkan hasil.
Minit 10: Sepakan dari tengah padang oleh Aidil Zaquan melewati palang manakala gol dari Indra Putra telah pun offside.
Minit 15: Pasukan Malaysia lebih banyak mengasak ketika ini namun Vietnam cuba untuk memperlahankan rentak permainan.
Minit 20: Permainan terhenti kerana ada pemain Vietnam yang tercedera di tengah padang dan bersambung dengan kedua-dua pasukan masih buntu mencari jaringan.
Minit 25: Sepakan sudut dari Indra Putra gagal disambut oleh pemain serangan Malaysia manakala tindakan susulan Zaquan Adhha juga dihalang.
Minit 30: Sepakan percuma dari Indra Putra berjaya ditanduk oleh Shukur Adan namun penjaga gol Vietnam berjaya menangkap bola dengan kemas. Indra sekali lagi menyilangkan bola kepada Safee Sali namun tandukannya sedikit terkeluar.
Minit 35: Satu rembatan leret dari luar kotak penalti dari Safee Sali menyerong sedikit setelah memperdayakan dua pertahanan Vietnam.
Minit 40: Satu tendangan lob dari Safee Sali melewati palang manakala Indra gagal menyudahkan hantaran cantik dari Safee Sali kerana bola telah dikeluarkan oleh lawan.
Minit 45: Satu sepakan sudut yang diambil oleh Indra Putra ditanduk liar oleh Shukur Adan manakala seorang lagi pemain Vietnam mengalami kecederaan. Tambahan masa 3 minit dan permainan separuh masa pertama tamat tanpa sebarang jaringan.
Minit 50: Vietnam memulakan sepak mula pada separuh masa kedua namun Malaysia terlebih dahulu garang menyerang balas melalui Indra Putra namun telah pun offside.
Minit 55: Malaysia membuat pertukaran pertama dengan mengeluarkan Hardi Jaafar dan memasukkan Ashaari Samsuddin.
Minit 60: Pasukan Vietnam lebih gemar memperlahankan permainan dengan melengah-lengahkan masa .
Minit 65: Bola lebih banyak berlegar-legar ditengah padang sambil Vietnam masih gemar bertahan. Pertukaran kedua Malaysia adalah mengeluarkan Zaquan Adha dan memasukkan Hairuddin Omar.
Minit 70: Hairuddin Omar menerima kad kuning kerana mengasari pemain Vietnam dan permainan terhenti.
Minit 75: Permainan terhenti lagi dengan dua orang pemain Vietnam tercedera.
Minit 80: Sepakan sudut yang diambil Indra ditanduk kebelakang oleh pemain Vietnam dan tendangan susulan dari Amirulhadi berjaya ditangkap kemas penjaga gol lawan.
Minit 85: Malaysia masih terus mengasak dan mengasak namun barisan pertahanan Vietnam masih kental bertahan.
Minit 90: Malaysia membuat pertukaran terakhir dengan mengeluarkan Amirulhadi dan memasukkan Khyril Muhymeen.
Minit 90+5: Sepakan sudut dari Indra Putra berjaya ditanduk oleh Hairuddin namun lemah dan berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Vietnam.
Tambahan Masa:
Minit 5: Malaysia memulakan sepak mula dengan percubaan leret Hairuddin Omar dari luar kotak penalti namun meliar.
Minit 10: Rembatan Ashaari Samsuddin dari luar kotak penalti jauh dari sasaran. Rembatan Zamani juga turut liar melepasi palang gol.
Minit 15: Sepakan percuma dari luar kotak penalti oleh Indra Putra namun berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol lawan.
Minit 20: Khyril Muhymeen berpeluang untuk menjaringkan gol pertama Malaysia namun rembatan beliau tersasar di tepi pintu gol Vietnam. Volley dari Ashaari Samsuddin turut meliar hasil hantaran Khyril.
Minit 25: Vietnam memperlahankan permainan dengan Malaysia lebih banyak mengasak melalui sebelah Daudsu.
Minit 30: Tamat masa tambahan dan permainan bakal ditentukan melalui tendangan penalti.
Ihsan : Sports Malaysia
25 Oct
KUALA LUMPUR (Reuters Life!) - Malaysia’s top Islamic council has decreed that tomboyish behavior and lesbian sex are forbidden in Islam, a newspaper said on Friday.
The National Fatwa Council issued the edict following what it said a spate of cases involving young women behaving like men and indulging in lesbian sex, the Malay language Berita Harian daily said.
“There are teenage girls who prefer the male lifestyle including dressing up in men’s clothes,” it quoted council chairman Abdul Shukor Husin as saying. “More worryingly, they have started to engage in sexual activities.”
He gave no other details.
Mainly Muslim Malaysia frowns on oral and gay sex, describing them as against the order of nature. Under the civil law, offenders — both males or females — can be jailed for up to 20 years, caned or fined.
Just over half of Malaysia’s 27 million people are Malay Muslims, practicing the moderate brand of Islam.
(Reporting by Jalil Hamid’ Editing by David Fox)